Pages

Subscribe:

Thursday, 6 November 2014

Review Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam



Haaaa siapa tak pernah dengar pasal Mee Ketam Kuala Lumpur yang kat Seksyen 7 tu? Aku dah lama tau tapi belum sempat2 nak cuba. So akhirnya weekend lepas berkesempatan nak try. Maklom la review semua tangkap leleh membuatkan aku nakkkkk sangat merasa.  Ok aku just nak sentuh bab rasa makanan, bab kebersihan kedai bab keselesaan tu hmmm tak mau komen lah.





Kat Kompleks Anjung belakang Unisel Shah Alam





Tak lama menunggu, ok la dah dapat order. Aku makan dulu sebab macam biasa lah ada anak kecik bergilir makan. Boleh jer letak Nia kat baby chair tapi En Raz lagi suka bila makan tu tak menyambil. Tapi kalau dah namanya Rania, apa yang mak bapak dia makan itu la dia nak. Haha. So kadang tu sama jer. Takpelahdia selera tengok kitaorang makan kot. Janji dia nak makan ye tak?







Plain Bee Hoon Soup (without ketam yang nih sebab En Raz tak makan ketam)





Review pertama: 

Cubaan menghidu aroma ketam. Hmmm takde bau air ketam yang naik. Ok takpe, then rasa la sikit sup dia. Hmm takde rasa manis air ketam. Tapi terasa kuat air celur mee kuning. Serius aku tak tipu. Korang tau kan rasa kuat kapur pengawet mee kuning tu? Haaa aku terasa hirup sup celuran mee kuning. Langsung tak terasa ketam. Ok aku paham memang selalunya ada jer kedai yang celur apa2 mee dalam sup. Tapi sup tu masih berasa sup. Yang ni rasa mee kuning tu kuat sangat. Ok memang out. Dengan sendu En Raz menghabiskan, tak baik membazir kan.





Mee Kari Ketam (Ketam Saiz Biasa)



Review Kedua:

Cubaan nak bau aroma ketam yang fresh juga gagal. Tak bau ketam. Rasa kuah kari yang cair, takde langsung rasa manis semulajadi dari air ketam tu. Dan takde taugeh. Lepas tu try lak makan isi ketam, jugak tak rasa manis langsung isinya. Hmmm kecewa sangat. Sebab ramai kata sedap tapi tak sedap pun. 



Kesimpulan:

Selalunya ketam kalau tak fresh memang jadi camtu. Takde naik bau, tak rasa manis kuahnya dan isi ketam tu sendiri. Mungkin kedai ni patut perbaiki. Jangan lah mentang2 ramai bagi review terbaik makin lama kualiti out. So memang rasanya tak repeat lagi.


Tapi yang bestnya kat area kompleks anjung tu rupanya ada kedai Nasi Arab D'Arab, sama macam kat masjid Negeri Shah Alam. Makanya lepas ni dah tau ler port baru kalau nak nasi arab or shawarma wrap. D'Arab Nasi Arab memang tak pernah mengecewakan. Sedap terbaiikkk. Aku yang asalnya tak suka nasi arab pun dah suka. 





0 comments:

Post a Comment