Pages

Subscribe:

Friday, 17 October 2014

Wanita Berkerjaya vs Surirumah





Berkerjaya atau surirumah?




Dah lama fikir nak ulas bab isteri berkerja vs surirumah (means dah berkahwin yer, bukan bujang) sepenuh masa. Tapi takyah la korang nak bertekak nak pertahankan pendirian masing2. Sebabnya there's no wrong or right sebab setiap orang berdepan situasi berbeza dan pilihan tersendiri. Ni cuma pendapat picisan aku jer. Peaceeeeeee. *Kenyit2*



Aku ni asalnya lepas grad dulu memang berkerja, kira aku awek berkarier ah dulu. Eksekutif di pejabat dengan baju kemeja yang kemas dan rapi (kemas keeeeee). Adat berkerja, antara benda kena fikir adalah stress office (yg kadang2 bila dekat deadline sampai bawak mimpi, lagi worse mimpi boss!), nak hadap jalan jam pergi balik, nak bayar loan PTPN, loan kereta, duit poket mak bapak, sewa rumah, minyak tol, parking kereta dan lain2. Kerja bagai nak rak, hujung bulan reward diri sendiri, puas hati tersenyum. Lepas beberapa hari settle hutang semua, terasa kelat balik dengan baki di bank.



Rutin harian berganti bulan dan tahun. Bila dah kahwin dan walaupun belum ada anak, tanggungjawab lagi besar dan bertambah. Balik kerja serius penat kena fikir masak. Kalau tak masak kedai masakkan tu perkara biasa. Nasib dapat suami jenis tak memaksa isteri masak, sangat memahami, tak de la jenis "eh saya tak lalu makanan kedai, awk masak jugak!". Sebenarnya ada yer lelaki jenis mcm tu, saya pernah dengar rintihan kawan2, suami setiap kali makan mesti nak ada sekian sekian jenis lauk, kalau xde tak lalu makan. Pukul sekian2 wajib ada hidangan sekian2, main order jer.









So berbalik pada isu asal, ramai yang bertekak kat facebook mempertahankan "ideologi" masing2.
Situasi aku pulak dulu, selepas bersalin masa dalam pantang tu tiba2 aku sakit yang aku pun tak tau sakit apa masa tu tapi memang buat aku mandom. Pulak tu Rania masih belum tune jadual tidur dia, siang tidur manjang, malam berjaga. Tapi walaupun dia berjaga tapi dia tak merengek meragam tak tentu pasal. Dia just nak orang layankan. Aku dalam pantang memang tak larat nak layankan sangat, bagi susu tukar pampers memang kerja aku, tapi bab memujuk bagi kat En Razli. Bayangkan memalam daddy dia akan dukung pusing2 satu rumah. So akhirnya ambil keputusan untuk resign.




Selepas beberapa bulan ada juga rasa nak kerja balik bila keadaan agak stabil tapi hari-hari ada saja cerita kes dera atau ke cuai di taska. Yang baru masuk kerja, hantar anak ke pusat penjagaan, tau2 meninggal tersedak susu. Yang anaknya terabai sebab taska mengambil terlalu ramai kanak-kanak atau bayi tetapi kekurangan sumber tenaga pekerja. Yang kes sumbat spenda ke apa ntah dalam pampers baby sebab tak puas hati dengan teguran parent. Yang cubit, pukul sumbat makanan tanpa belas kasihan. Yang kes buang ebm, buang makanan bekal yang si ibu sediakan. Ya Allah tak sanggup rasa baca berita dan tengok video2 yang berlambak dengan kekerasan terhadap bayi tak berdosa. terlalu banyak kes meruntun hati.



Tahun ni aku terkejut bila terbaca cerita Saiful Nang yang isterinya tekad berhenti bertugas menjadi doktor bertauliah dan sanggup membayar balik semata-mata nak menjaga sendiri anak di rumah selain mendidik sepenuhnya dengan gaya homeschool. Sebelum ni ada juga kawan aku yang berhenti mengajar dari tugasan guru kerana mahu menjaga sendiri anak. Walaupun pelbagai andaian dan cakap-cakap belakang yang harus diterima sebab mentality "apa guna belajar tinggi akhirnya simpan sijil buat pekasam. Balik kampung kena perli dengan makcik2. Bila jumpa kawan2 mesti ditanya kerja mana? Takkan la pulak aku nak kena bagi tau bisnes aku lebat, berapa income aku, nanti kata berlagak pulak. Hew hew hew. 



Please lah, jangan la pulak menuduh surirumah tu goyang kaki jer kat rumah layan facebook. Aku dah pernah berkerja dan jadi surirumah, jaga anak penat sebenarnya. Tapi jiwa kita gembira dan tenang jer. Takde dah mimpi2 ngeri hal office. Setakat customer punya peel, takde pun bawak mimpi Haha! Kalau dah online bisnes ni, most of the time memang kena hadap pc dan smartphone. Tapi tang tu orang salah paham. Ingat kita berfoya2 kat social media.








Sebenarnya suami saya sendiri nak saya jaga anak dulu sementara tunggu dia besar, nanti kerja lah semula. Alhamdulillah masih mampu menanggung walaupun tak mewah. Saya sendiri tak sangka saya duduk rumah menjaga anak sekarang ni, sesuatu yang tidak dirancang tapi disebabkan situasi semasa. Walaupun saya jadi surirumah tapi saya ada bisnes sampingan yang dibuat, syukur sebab Allah jumpakan aku dengan bisnes dengan potensi besar. Terima kasih sahabatku Aini kerana membuka peluang tu. 



Aku tak pernah pandang rendah kat isteri yang berkerja sebab desakan hidup mereka perlu berkerja, tak cukup nak harap suami seorang. Banyak expenses kena dibayar. Aku tau, hati mereka sangat meronta2 nak duduk rumah jaga anak sendiri. Ramai jer kawan2 yang buat luahan macam tu. Tapi sedih la bila ada yang menuduh isteri/ibu berkerjaya ni pentingkan duit/kerja berbanding anak. Anak hantar kat orang jaga, tak bertanggung jawab. Tak boleh la tuduh macam tu. Ada jugak isteri berkerja semata-mata sebab dia bosan kat rumah sorang2 anak dah besar panjang, walhal suami income besar kot! So tak boleh kita nak judge orang sesuka hati. SETIAP ORANG BERBEZA SITUASI, KEHENDAK DAN KEPERLUAN (jerit kuat2).










Aku dibesarkan oleh mak bapak yang berkerjaya. Mama aku dulu cikgu. Papa aku akauntan. So siapa kata anak yang dibesarkan tu terabai? Ada masa masak, tak sempat masak beli. Ada masa lapang pergi bercuti, kalau takde duduk rumah tengok tv dah cukup. Cukup semua keperluan kami. Makan minum dan ilmu diberi. Apa yang ditekankan adalah makan bersama dan solat jemaah bersama. Alhamdulillah, nakal2 budak pun jadi orang. Kena tali pinggang, kena ketam sampai lebam pun dah merasa. Papa kuat berleter, kita dengar jer la tadah telinga. Mama garang tak cakap banyak tapi tau2 kena sengat. Tapi tu dulu la. Eh eh hehe.



Tak kisah la apa pun pilihan ibu-ibu diluar sana, yang penting setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka, takde mak bapak nak anak jadi tak elok. Ada yang kerja keras untuk bagi anak merasa makan sedap2, pergi holiday atau nak hantar ke private school. Ada yang tak nak berkerja sebab merasakan dia sendiri boleh pantau dan mendidik anak mengikut acuan tersendiri. Tepuk dada tanya selera, janji keluarga harmoni :)




Aku nak selit sikit petikan dari penulisan Siti Shamsiah Bt Md Supi mengenai Dilema Wanita Berkahwin Yang Berkerjaya Menurut Syariah. Semoga menjadi panduan.

Kredit http://www.ikim.gov.my