Pages

Subscribe:

Tuesday, 14 October 2014

Resepi Bubur Oat Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Seperti dijanjikan entry sebelum ni, resepi bubur oat. Ibu2 bapa2 kalau anak belum ada gigi blend dulu yer oat tu. Blend kering memudahkan penyediaan dan cepat masak. Kalau anak dah byk gigi dan boleh telan dengan baik tak yah blend pun takpe, tapi oat instant yer not rolled oat. Kasar2 takut tercekik anak.




Resepi 1

1. Blend kering oat dan kismis sampai hancur
2. Sagat sikit coklat masakan. Sikit jer tak perlu banyak just nak bagi rasa chocolate tu.
3. Simpan dalam bekas kedap udara atau bahasa kampungya tupperware.


Resepi seterusnya sediakan oat (sahaja) yang dah blend.


Resepi 2

1. Masukkan 1 sudu oat (anggaran untuk sekali makan 1 sudu) dalam periuk dan masukkan air.
2. Tambah kurma yang dah dibuang kulit sambil kacau oat sampai didih, lecekkan kurma tu (tips: kalau nak mudah kurma madu yang bulat gemuk tu sebab kulit dia tak melekat sgt dan rendam dalam air panas dulu sampai kembang) 


Resepi 3

1. Masukkan 1 sudu oat (anggaran untuk sekali makan 1 sudu) dalam periuk dan masukkan air.
2. Tambahkan apa-apa lauk seperti ayam, isi ikan atau ikan bilis hancur dan sayuran cincang.


Resepi 4


1. Masukkan 1 sudu oat (anggaran untuk sekali makan 1 sudu) dalam periuk dan masukkan air.
2. Blend kering ikan bilis goreng. (Boleh buat stok sebab tahan lama)
3. Tabur ikan bilis dalam bubur oat.



p/s: Tips yang sama boleh diaplikasi pada beras. Blend beras kering sampai halus, then simpan. Tapi jangan lupa basuh beras tu. Bubur nasi cepat masak dan memudahkan kerja korang. 

pss: Kalau anak korang belum bersedia makan tekstur kasar, please jangan paksa. Biarlah orang kata nak ajar dia ke, supaya gigi cepat tumbuh ke, kalau belum ready blend jer semua. Setiap budak perkembangan berbeza, jangan samakan anak kita dgn orang lain. Kalau dia tercekik, tahi ketul2 sembelit yang kesian anak kita jgk.