Pages

Subscribe:

Friday, 24 October 2014

Muntakhab Ahadith

Aku mula kenal Ustaz Ebit baru jer awal tahun ni. Itu pun sebab asalnya mak aku follow kat facebook, so aku selalu terbaca bila mak aku share status dia. Mula2 aku takde lah nak ambik port. Sikit pun tak terkesan. Tapi makin lama baca makin seronok, so aku pun follow page dia. Bila dah follow semua dapat baca, sikit2 terkesan dan rasa kena jentik hati ni. Daripada takde apa2, sampai boleh bergenang lah. cara dakwah dia sgt unik, tak menyalahkan individu atas dosa silam. Tapi selalu mengingatkan bahawa setiap musibah atau ujian yang menimpa tu tanda Allah sayang.



Lepas tu selalu Ustaz Ebit berkongsi macam2 kisah yang bila baca tu rasa Ya Allah rupanya ramai lagi yang berdepan dengan ujian berat, bukan aku seorang jer. Setiap orang yang datang berjumpa dengan dia, dia suruh amalkan bacaan taalim, iaitu mengamalkan baca hadis2 di rumah. Pasti ada nur yang akan menjadi penyelamat.



Antara cerita Ustaz Ebit yang menyebabkan aku nak cari buku hadis ni;



Salah seorang akak datang bercerita pada saya. Suami dan 2 orang anak sebelum ini tidak jaga solat. 

Dia dapat kesedaran telah mulakan bacaan hadis nilai dan kepentingan amalan. Sebelum ini jika nak ajak anak mengaji susah. Ajar doa susah.

Setelah mulakan bacaan hadis selama beberapa bulan, kini anaknya telah mula jaga solat awal waktu. Rajin mengaji bersama-sama. Berebut-rebut anak ambil kitab waktu baca hadis Nabi saw. Suasana dalam rumah berubah. Bertambah kasih sayang.

Allah buat semua. Nur yang Allah beri melalui amalan Ta'lim dalam rumah dengan istiqamah. Suasana malaikat. Wujud sifat dengar dan taat.

Rumah akan turun sakinah, nur, keampunan...Rumah mungkin kecil tapi menarik pandangan di langit.

Sayangi ahli keluarga kerana Allah. Hargai mereka






So, aku pun beli online melalui Pustaka Iman, En Firdaus pos kan. Alhadulillah akhirnya dapat.
Doakan aku dapat istiqamah meneruskan sesi bacaan hadis.





Rm 30 senaskah




Kandungan





Semalam lepas Maghrib dan sebelum tidur baca.





Lagi perkongsian dari FB Ust Ebit,


Dalam 1 minggu ini saya menerima hampir 1000 inbox mengenai masalah rumahtangga. Kebanyakan ayat permulaan soalan kami teramat cinta dan sayang pasangan kami tapi.............

Sebenarnya banyak pasangan saling mengasihi dan mencintai. Dan keduanya teramat derita dengan perpisahan, pergaduhan, masalah..tapi kerana ego dan tidak pandai menzahirkan cinta...

Menzahirkan cinta ialah kehidupan Islam...

Tidaklah perlu jadi romeo dan juliet.

Cukuplah sekadar walau betapa sibuk kita hubungi atau sms pasangan dan kata sayang betapa abang mencintai sayang kerana Allah. Dek kesibukan ini dan keletihan ini juga kerana dakwah dan menuntut ilmu. Tapi terlalu mencintai dan mengasihimu kerana Allah. I love u sayang...

Cukuplah ketika 10-15 minit di rumah pegang tangan pasangan sambil usap-usap tangannya mendengar cerita-ceritanya. Senua orang bila jumpa kita tanya apa khabar? Tanyalah sayang sihat, dah makan, amalan dan dakwah..dengarlah mereka cerita dengan sayang. Tenung mata sambil usap dan gosok tangannya.

Peluk lama-lama dengan rasa sayang..terharu dan saling menghargai..

Setiap kali bertengkar,diam, tidur dan mengalah. Jika tak tahan marah, pergi solat dan lari beli hadiah paling kurang ambil sekuntum bagi pada pasangan...

Apa yang kita tidak dapat dari pasangan menggambarkan apa yang kita enggan beri..kebaikan mereka ialah cermin kebaikan kita. Begitulah sebaliknya..bila kita memberi pasti kita akan menerima.

Selalu mendoakan pasangan dengan ingat wajah mereka. Hadiah terhebat melebihi segalanya ialah doa. Doa tanda sayang yang sebenarnya. Bagaimana tinggal sekali, tidur sekali, mereka berkorban banyak buat kita tanpa kita mendoakannya...doa itulah sebab kita masih hidup dan bahagia. Nabi saw doakan Allah ampunkan Aisyah ra, dia berpusing-pusing terlalu gembira dan seolah-olah terlalu gembira..doa itu rahsia sebuah cinta.

Duduk sekejap baca al-quran dan baca hadis bersama-sama..

Selalu memikirkan apa lagi kehendak pasangan kita. Apa lagi saya boleh gembirakannya kerana Allah..

Jika ingin sesuatu berterus terang. 1 hari 1 perkara. Jangan semua perkara disebut satu masa. 7 pujian lepas tu baru satu teguran. Cover dengan pujian semula..Jangan pendam. Bina keluarga dengan targhib galakan..bukan kejian dan ancaman...

Selalu ingat pasangan kita bukan kita punya. Tapi amanah dari Allah..

Berilah dan berusaha beri nafkah secukupnya buat isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Jangan bebankan pula orang di bawah tanggungjawab kita..

Cukuplah menjadi manusia yang ingin bawa kebaikan pada ahli keluarga dan manusia seluruh alam.

Di dalam pernikahan ada ketenangan, kebahagiaan sebenarnya..pernikahan satu tanggungjawab. Bahagia itu dalam amanah terhadap tanggungjawab.

Ya Allah berilah kami menjadi manusia yang menzahirkan kasih sayang dan cinta keranaMu. Mengasihi orang yang mengasihiMu. Dan mati dalam keadaan sebenarnya memiliki cinta padaMu sedangkan tiada perkataan betapa indah cinta padaMu-ebit lew


Orang paling romantik ialah Baginda saw..

Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.......Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka.....jangan pegang tangan bukan mahram.

Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya..Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah...Lihat bila mereka mula berkata-kata..Beri perhatian sepenuhnya..Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya...Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..

Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap...Cuba memahami perasaan mereka...

Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka..Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya..Saya sangat sayang awak kerana Allah...

Dukung sekali sekala seperti Nabi saw dukung Aisyah...kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja...

Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama.Nabi saw pernah lakukan..

Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar....

Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain..Minum di tempat yang sama...

Macam baru kahwin semalam. Macam baru nak bercinta..Macam baru jatuh hati. Macam ini hari terakhir dalam dunia. Bercita-cita nak bersama dalam syurga

Selalu kata salah saya.....minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah...

Tahajud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama...Belajar ilmu bersama-sama....Berdakwah bersama-sama....Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi saw...

Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan...Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak...

Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju...

Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri...

Seorang marah, seorang diam dan minta maaf...Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...

Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada Allah...Sebesar mana pun masalah kita..Allah tidak pernah meninggalkan kita..Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya dia tidak pernah meninggalkan kita..Cuma kita perlu kembali pada Allah..Hanya Allah yang berkuasa..Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan...

Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Nabi saw...Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi saw..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah..Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..

Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya..Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah..Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam....Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini...Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini...Kerana ini bahagia yang sebenarnya..Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi saw...





Terima kasih Ustaz Ebit kerana terus berdakwah.