Pages

Subscribe:

Saturday, 11 October 2014

Celcom; It's Not In Your Hand. Musibat Lagi Menyusahkan!!!



CELCOM, IT'S NOT IN YOUR HAND.


Dah lama tak update blog, update jer terus cerita panas. Haha! Oh sebelum tu Selamat Hari Raya Aidiladha semua (dah lepas seminggu pun!)


Al kisahnya, nak dipendekkan pun hmmm tengoklah kalau dapat dipendekkan. Awal August lepas aku dan En Raz dah bincang2 nak tukar telco, dari Celcom nak ke UMobile. Sebab UMobile punya deal pehh pehhh berbaloi2 data plan dia. 



So masa tu kami kat Aeon Bkt Tinggi Klang, gi lah Blue Cube situ. Sebelum tu nak tanya pasal bil En Raz, minah bertudung yg agak gempal tu aku dah perasan, muka toya jer. Bila ckp nak tanya pasal bil, dia kata "dah call cutomer service/call centre tak? ni nombor dia." Eh eh laju nau kau hulur nombor, dlm hp aku ni memang dah ada lah tapi idak ler aku jwb gitu. Cuma ckp kat dia, dah alang2 kami kat sini boleh tak checkkan kat sistem tu. Pastu dia buat muka cebik lagi. Aku syak dia ni tengah diet, tak dapat nasik lagi kot. Tu macam nak makan orang jer. Disebabkan dia buat layan tak layan, tu baru nak tanya pasal bil, belum lagi nak cakap pasal nak split. So kami keluar Blue Cube. Pastu bincang2 lagi, then masuk balik tapi this time gi kat sorang staf lelaki. 



Kami ni pakai plan 5+1 (aku sub En Raz), kena la split cerai talak 3 dulu. Sungguh dah tak nak pakai Celcom nih. Bagi cina buta pun aku tak nak dah. Nak split ni kena bayar RM40, nak buat camne prosedur layankan jer lah. Tu takde hal. Masa cakap kat orang tu penerangan dia kurang memuaskan dan confusing. Dah siap dia key in data and bagi form tu, aku terdetik nak check. tengok2 nombor En Raz dia salah key in. Bila aku gi balik kat dia, dia macam tak nak ngaku dia salah taip, dia cam ok ok jer malas nak panjangkan. Eh eh aku ni bagitau jer kang kalau drag hal ni lelama aku jgk susah itu jer bukan nak carik salah dia, bukan aku marah dia pun. Hari tu memang layanan paling teruk aku dapat dari Celcom sejak dah 4 tahun jadi pengguna Celcom. Sebelum ni jadi pengguna Celcom ok jer takde masalah, elok jer customer service. Mungkin staf Blue Cube Bkt Tinggi kena hantar gi kursus Customer Service Etiquette, suruh la diorang attend apa2 kursus yang membina sahsiah.



Katanya lepas beberapa hari akan split dan boleh tukar telco. So kami pun gi Umobile Tropicana register. Lepas 2 hari En Raz dah boleh pakai UMobile, aku lak takde dpt apa2 notification. Tapi lepas hampir seminggu, baru dapat notification dari UMobile kata porting request denied. Kena contact current provider. So aku call UMobile tanya hal tu, dia terangkan kat aku semua kena register baru UMobile, siap terputus talian masa tu. Yang terkejutnya boleh dia call aku balik. Belum pernah sejarah Call Centre call aku balik selama aku berurusan dengan mana2 Call Centre. Tak tau la kot memang procedure Call Centre mcm tu kan. Baiknya kau dik, efisen buat keje. Atau pun UMobile semamangnya melatih staf dengan baik. 



So aku call Celcom report hal ni, dan report jgk hal Bukit Tinggi tu. Staff tu kata dalam masa 3 hari akan call balik utk inform. Katanya bila check, orang kat Bkt Tinggi tu salah set, dia buat nombor En Raz temporary terminate . Padahal kan En Raz dah pakai UMobile dekat seminggu masa tu. Means nombor dia masih dalam servis Celcom, so disebabkan hal ni, nombor aku sangkut sebab asalnya aku sub En Raz. So aku pun dah register kali ke 2.



Lepas 3 hari. Senyap. Tup2 dapat notification kata porting request denied LAGI. Lepas seminggu aku take action call Celcom LAGI. Belom sempat citer panjang lebar dia kata suruh En Razli yang call sendiri sebab nombor aku atas nama dia. Ewah2, sebelum ni ok jer takde hal. Bercerita la aku dari A-Z, siap aku kata boleh tak check report aku sebab aku dah tak larat nak cerita, so dia check la...katanyaaaaa. Lepas "check" katanya, takde report langsung dibuat! Biawak! Pastu ntah macam mana call terputus. Tunggu takde pun call balik. Takpe aku call balik. This time lelaki Melayu, terpaksa la citer semula. Berbuih ok nak cerita hal yang sama. Tapi dia cakap bebaik, jangan ingat kita tak tau emosi orang dari suara jer yer. Yang perempuan sebelum ni mungkin dia PMS. 
So this guy kata, kalau nak tukar telco tak perlu permanent terminate. Dah pulak, hari tu kata kena permanent terminate nombor En Raz so that nombor aku boleh tukar port ke UMobile.  Pening dah aku time tu. Takpe la layankan, lagipun this guy cakap bebaik dan penerangan baik. Aku sempat suruh dia check, ada tak report aku sebelum ni, bila dia check ok ada. See agaknya perempuan tu tadi check apa yer?


Then En Raz tolong registerkan kali ke 3 tapi kat Digital Mall PJ. Pun GAGAL KALI KE 3. Aku serius dah penat, aku memang nak maintain nombor tu sebab malas dah nak hilang contact dengan kekawan, lagi pun aku bisnes Shaklee ni nanti susah la. Dah fail kali ke 3, aku nekad cari nombor baru jer. So pegi la memilih nombor. Alhamdulillah dalam masa beberapa jam aktif.


Few days lepas tu En Raz ke Celcom untuk terminate terus nombor lama aku. Dalam masa yang sama staff sana kata punca masalah adalah 3rd party yang uruskan porting tu. Ok part ni aku tak pasti, memang ada 3rd party ke. Tapi katanya dia kana uruskan dan boleh pakai nombor tu balik, no En Raz jer permanent terminate. So bunga2 cinta kembali mekar. Pegi la register kali ke 4 En Raz tercintaku. Pun GAGAL. So En Raz email report to Celcom, dan lepas tu aku pun decide nak terminate terus nombor lama. Kejab jer terminate tu, oihhh sedih kot berpisah dengan nombor lama, nombor paling lama dalam sejarah aku pernah guna. 


Rupanya, Celcom reply the email and told him that ok boleh sebenarnya nak maintain number tu but kena aktifkan balik. Buuusiiiiittt ah, memang tak la kan. Cukup la, nanti tau2, porting request has been denied. Contact your current provider. Kesian terhegeh2 UMobile uruskan.



ok now aku pakai UMobile. Moga kita bahagia selamanya.