Pages

Subscribe:

Monday, 27 October 2014

10 Cara Menyejukan Demam Panas Dengan Cepat Bagi Bayi

Bila anak kecil kita demam, kita sebagai makbapak risau dan tak cukup tidur atau rehat. Manalah tak risau, kena monitor sentiasa suhu badan takut2 terlalu panas sehingga menyebabkan "sawan tarik". Nauzubillah! Pengalaman pertama mengendalikan Rania demam seawal 2 bulan, yerlah antibodi dia menurun sebab start 2 bulan jugak dia tak mau susu badan. Kecik2 lagi dah kena sumbat ubat demam, masa tu takde pilihan dan tak banyak membaca dan pendedahan lagi berkenaan kesan buruk ubat. Tapi ada ketikanya bila terlampau panas suhu tak turun kena jugak bagi PCM yer, jgn pandai2 pulak tak nak bagi langsung. Atau kdg2 dalam keadaan terdesak, ubat "punggung" @rectal pcm diperlukan.


Boleh dikatakan setiap 1 atau 2 bulan mesti Rania demam atau selsema. Ubat jer la kita bagi. Lepas join group Shaklee, ada few doktor dalam group tu bagitau kalau anak diorg demam tak bagi ubat. Tapi gunakan beberapa kaedah, infact petua orang tua2. Kita yang "org biasa" ni pulak bagi anak ubat. Tapi korang jangan mention kat doktor atau mintak pendapat kat doktor pasal kaedah semulajadi atau apa2 selain dari bidang kedoktoran. Sebab diorg ada etika yang harus dijaga walaupun  sebenarnya diorg pun percaya atau terima jugak kaedah2 lain. Siapa ada kenalan atau saudara mara dikalangan doktor mesti tau lah :)


Berikut adalah antara kaedah yang diperolehi daripada perkongsian kawan2, orang tua, saranan doktor dan melalui pembacaan.



CARA MENYEJUKKAN BADAN BAYI DENGAN CEPAT


1. Buka baju bayi, pakai lampin sahaja. (doktor selalu pesan buat camni, bukan selubung selimut)


2. Lap kesemua badan bayi dengan kain basah terutama bahagian belakang, dahi dan celah ketiak. Lakukan berulang kali sampai badan sejuk. 


3. Jika terlalu panas, campur sedikit sahaja ais ke dalam air tersebut.


*Kaedah 2 & 3 hati kena kental terutama ais, sebab baby akan nangis sejuk, tapi percaya lah cepat sgt hilang panasnya.


4. Pakaikan stokin kaki basah pada anak. Bila kering ulang semula.


5. Lumur bancuhan asam jawa pada dahi/ badan. (aku tak pernah buat yang ni sebab mesti jenuh nak bersihkan bila dah kering tapi kalau sendiri demam takpela)


6. Ramas daun bunga raya dan campurkan dengan air. Lap kepala bayi.


7. Letak hirisan timun di dahi bayi.


8. Ramas daun durian belanda dan campurkan air. Lap kepala bayi.


9. Beri banyak minum air masak.


10. Kalau anak masih bertenaga dan tak lembik sangat, bagi dia berendam main air. Masukkan mainan dalam tub supaya dia seronok dan leka.





p/s: Cara Islam pulak, boleh la bacakan Al Fatihah 7x, 3 Qul, Ayat Kursi, Selawat, Bismillah 5 dan apa2 ayat ruqyah yang dah biasa diamalkan. Bacakan pada air, sapu pada anak dan bagi minum. InsyaAllah.



Semoga membantu korang semua.



Sejak kenal stokin Vken yg Mak Tok bagi, bila demam jer cepat2 pakaikan. 
Kalau batuk letak kat dada dan belakang insyaAllah keluar lendir dan dapat tido nyenyak tanpa batuk.








Sejak ambil Mealshake pun Nia dah jarang demam, kalau nak demam cepat2 bagi memang tak jadi demam, kalau selsema cepat kering. Alhamdulillah. Mealshake ada campuran Al Manna, byk khasiatnya. Sejak ada Mealshakes memang dah tak bagi Rania ubat demam.




BERMINAT NAK CUBA MEALSHAKES?

HUBUNGI 018.377.0904

RAHSIA ANAK SIHAT

0 comments:

Post a Comment