Pages

Subscribe:

Tuesday, 1 July 2014

8 Cara Menghilangkan Jerawat

Cara menghilangkan jerawat?




Ewwww....sendiri tengok pun geli, apatah lagi orang lain. Apa penyelesaiannya?



Stress gila kan kalau sebijik jerawat tumbuh kat muka, tapi kalau berbijik2 merata penuh kat muka, kat dada, kat belakang badan sure lagi tekanan emosi. Lagi tekanan emosi dan sedikit mental bila kwn2 dan sedara mara yg lama tak jumpa kita, sesekali jer jumpa boleh pulak dia buat komentar berbaur kutukan dan kejian ala2 Kiah Propa. Bikin panassssssss.





Tumbuh merata kat badan, sengsaranya! Bagaimana cara menghilangkan jerawat?


Sebelum kita mengetahui cara menghilangkan jerawat, kita mesti mengetahui dahulu bagaimana jerawat boleh terjadi. Kalau tak kenal "musuh", macam mana nak patahkan serangan "musuh" kan, iaitu jerawat itu sendiri?


Jerawat terhasil apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Lama kelamaan bengkak dan bernanah, maka itu lah jerawat!







Apakah beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia?



PUNCA-PUNCA JERAWAT


1) Hormon

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

2) Bakteria

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3)Pemakanan

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

4) Stress

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5) Alat Solek

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6) Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7)Pakaian

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 




LOKASI JERAWAT DAN PUNCANYA





1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.



CARA MENGHILANGKAN JERAWAT


1. Tomato
Belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Kulit Kayu Manis
Ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. paling senang beli jer serbuk kayu manis kan ada jual sekarang tak payah nak susah2 . Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas dan pedih kalau terkena pada luka jerawat tu. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. 

3. Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Peringatan, semasa lendiran aloe vera nak mengering, kita akan rasakan sedikit tak selesa kat muka.

4. Ubat Gigi
Yips ni memang mudah dan utk kes kecemasan. Letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. 

5. Putih Telur
Ambil putih telurnya sahaja lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir.

6. Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Set Jerawat Shaklee





Vitamin C
Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

Vitamin E
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
Membantu memudarkan parut

B Complex
Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal). Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.


SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE


ONLINE ORDER NOW!!!




ATAU,


Kalau tak suka nak telan pil bagai boleh try set skincare Enfuselle. Cara menghilangkan jerawat dengan Enfuselle ni juga terbukti berkesan.






Bagi rangkaian ENFUSELLE, 2 kategori set :



Kategori 1: Normal to dry skin


Hydrating Cleansing Lotion
Hydrating Toner
Hydrating Moisturizer
Eye Treatment


Kategori 2: Normal to oily skin

Purifying Cleansing Toner
Purifying Toner
Balancing Moisturizer
Eye Treatment


SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE

Pilihan ditangan anda! 


Saya sertakan testimoni pengguna selepas 2 minggu penggunaan jerawat kecut dan berkurangan. Dan beberapa testimoni lain.














ANDA BERMINAT?

HUBUNGI PUAN FAIZURA,

018.377.0904


NAK DISKAUN?

DAFTARLAH AHLI DENGAN SAYA SEKARANG DAN PERCUMA KONSULTASI DAN BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT.