Pages

Subscribe:

Sunday, 1 June 2014

Tips Mengelakkan Gejala Meroyan atau Kemurungan Selepas Bersalin (postpartum psychosis)


Pernah dengar meroyan? Haaa, mak2 selalu risau anak perempuan yg baru bersalin dijaga bagai menatang minyak yg penuh sebab takut2 terkena meroyan. Kalau tak dirawat bahaya utk ibu dan anak. Jangka panjang takut ibu terbawa2 walaupun dah habis tempoh berpantang, dan paling merisaukan dilepaskan emosi kepada baby tak berdosa dan boleh memberi kesan kepada hubungan suami isteri.

Apakah itu Meroyan?

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan berkata, meroyan ialah istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.
“Kemurungan selepas bersalin biasa berlaku dalam kalangan sesetengah wanita tanpa mengira bangsa. Hingga kini penyebab sebenar masalah ini masih tidak diketahui.

“Ia mungkin disebabkan perubahan hormon yang berlaku terhadap tubuh badan si ibu selepas melahirkan anaknya.

“Selain itu, ada juga faktor sampingan seperti tidak mendapat sokongan daripada suami atau tidak mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan.

“Faktor lain ialah menghadapi masalah kewangan, kesukaran menyusu badan, mempunyai sejarah sakit mental, pernah mengalami keguguran dan menghadapi masalah sewaktu melahirkan,” katanya.

Seorang daripada 10 wanita mungkin menghidapnya. Ia berbeza dengan masalah ‘baby blues’ iaitu perubahan emosi yang normal dan tidak serius yang biasa terjadi selepas bersalin (sejak hari ketiga hingga minggu kedua selepas bersalin) apabila ibu akan bermuram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan. Dengan bantuan yang sesuai, si ibu akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Bagaimanapun, masalah meroyan tidak seperti baby blues kerana ia tidak akan sembuh jika tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Katanya, setiap wanita yang mengalami simptom ini akan menunjukkan tanda berbeza tetapi kebanyakan mereka akan menunjukkan perasaan putus asa, rasa bersalah, letih, muram, sering menangis, gelisah dan ada kala cepat marah.

“Semua ibu berasakan satu atau lebih daripada tanda tadi pada masa tertentu. Lazimnya, meroyan berlaku apabila umur bayi berusia empat hingga enam minggu tetapi ada kala ia bermula beberapa bulan selepas dilahirkan,” katanya.

Meroyan boleh sembuh sepenuhnya dengan mendapatkan rawatan tertentu. Perbincangan serta sokongan suami, rakan dan saudara terdekat boleh membantu selain nasihat doktor.

Jika ada kaunselor dan ahli psikologi terapi, mungkin lebih baik. Perkhidmatan terapi kognitif ini akan mengajar ibu mengenai strategi harian bagi mengatasi masalah ini.

Jika meroyan jenis yang teruk, si ibu boleh dirujuk kepada ahli psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

Tambahnya, ada ubat anti depresi yang boleh meningkatkan jumlah hormon serotonin bagi meringankan perasaan, memudahkan tidur dan mengurangkan rasa marah.

“Antara lima hingga tujuh dalam setiap 10 ibu yang mengambil ubat anti depresi mendapati, simptom meroyan atau kemurungan mereka reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

“Selalunya rawatan ini hanya akan berkesan selepas seminggu mengambilnya. Anti depresi yang selalu diberi adalah prozac atau seroxat.

“Ubat ini juga boleh memberi kesan kepada susu ibu dengan jumlah yang sedikit dan jika anak mengantuk, si ibu harus segera berjumpa doktor.

“Ramai ibu yang mengambil anti depresi juga menyusu badan sebab ia menambah keyakinan diri dan mengeratkan hubungan di antara bayi dan ibu, yang secara tidak langsung membantu mengatasi meroyan,” katanya.

Tips Elak Gejala Meroyan Selepas Bersalin


1. Sesuaikan diri
Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.

2. Rehatkan diri
Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

3. Tidur
Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Bersenam
Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.

5. Usah risau
Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.

6. Bantuan
Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.

7. Kawan
Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.

8. Belajar
Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.

9. Tiada yang sempurna
Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.

10. Mendekatkan diri kepada Allah
Apabila tak boleh solat, syaitan akan mudah memainkan peranan utk meresapi jiwa dan pemikiran kita. Tapi sekuat2 syaitan, kembali lah pada Allah, syaitan akan tumpas.
Segala punca masalah di dunia ni, segala kekusutan boleh dihilangkan dengan mengingati Allah. Hati dan lidah yang sentiasa berzikir akan menjadi tenang. Tahajud malam menyembuhkan segala penyakit jasmani dan rohani (Jika dah bkering dari nifas). Terdapat 1001 penyembuhan dengan ayat Quran, bacalah AlQuran, ambillah ayat2 yang boleh diamalkan. Amalkan ayat2 pendinding.

11. Pengambilan Suplemen
Pengambilan suplement perlu utk badan terutama utk ibu baru bersalin utk mengembalikan keadaan asal badan. Keadan hormon yg tak stabil dapat dipulihan dengan suplemen. Nak ke korang makan ubat (drug) masa tengah berpantang. Tapi kalau dah kritikal sila ikut nasihat doktor. Cadangan suplemen adalah seperti berikut:

i) B.COMPLEX
Membantu mengurangkan stress.
Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

ii) OMEGA GUARD
Dapat meningkatkan mood baik.
Omega-3 asid lemak: yang ditemui dalam ikan air sejuk dan minyak sayuran tertentu, dan tidak boleh dihasilkan oleh badan, hanya boleh didapati melalui pengambilan suplement, omega-3 asid lemak digunakan untuk membantu kemurungan dan lain-lain masalah psikologi.


JIKA ANDA BERMINAT HUBUNGI;

PN FAIZURA
018.377.0904
fafai8582@gmail.com