Pages

Subscribe:

Saturday, 21 June 2014

10 CARA SEMPOI BERHENTI MEROKOK (PASTI TAK STRESS)

Haaa sumbat la selagi boleh sumbat kan? Hehe



Isu merokok ni agak sensetif pada sesetengah orang, lebih-lebih lagi kalau dia perokok tegar. Isteri dan anak mana yang suka suami /ayah kuat rokok, tapi sebab sayang diamkan jer lah.  Tapi sebenarnya sebab kita sayang dia lah kita risaukan dia ye tak??? Kadang2 perokok tu sendiri cuba sedaya upaya nak lari dari rokok tapi tak mampu untuk tolak daya kemahuan badan yang dah sebati dengan nikotin. Si gadis yang dah terlanjur dengan rokok rasa susah nak buang tabiat tu, tapi sangat tak manis seorang gadis merokok. Semuanya dalam dilema. 





Silalah taubat dari rokok

Ingat, rokok dah difatwakan haram. So bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Kuatkan semangat, mental kuat, ingat bini dan anak2, ingat org sekeliling. Tak kesian ke diorg kena sedut asap rokok bertoksik tanpa filter. Kamu tu dah tentunya ada filter kan? Semua orang sayangkan kamu. Tak kan takde rasa bersalah pada orang tersayang? Sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, sesuai sangat untuk "Katakan Tidak" pada rokok. Kalau siang boleh tahan tak sapkok/bernaga sebab larangan Allah Taala, mesti lepas tu Maghrib dan seterusnya pun boleh kan?


Ok, berikut merupakan cara mudah nak berhenti rokok. Tak payah nak stress, menggigil, demam, jadi gemuk sebab tak dapat rokok. Serius sempoi!!!



10 CARA SUPER SEMPOI BERHENTI MEROKOK


1. Lengahkan

Kalau ada rasa nak 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah benda lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok. Eh rasa sangap ah nak sapkok, ok gi baca surat khabar jab. Eh sangap sehhhh, ok gi lah , main game ke.

2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'

Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung kalau dah ada keinginan nak berhenti merokok.  Korang menipu diri sendiri jer sebenarnya, tau2 kang lepas sejam dua tambah lagi sebatang, tau2 sehari dah habis sekotak. 

3. Elakkan Punca Merokok

Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak bergaul dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid. Haha kau mampu gi masjid teruih Haha!








4. Bersenam

Cara berhenti merokok ni sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Kalau tak boleh nak pegang Quran, baca lah 3 kali Al Ikhlas, kan bersamaan khatam satu Al Quran. Sentiasa lah zikir. Hati akan menjadi tenang bila sentiasa berzikir.



5. Belajar Untuk Relax

Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk. Atau gi tadah muka depan freezer, kan sejuk! Hehe







6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan

Bagitau ahli keluarga dan kawan-kawan korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu. Jgn risau kalau ada yg mengutuk, well manusia memang macam2 ragam. Buat deek dah lah. Abaikan orang2 negatif.




Errr....jangan sia2kan organ penting anda!


7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok dan Keburukan Merokok

Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

Ha..tu kementerian kesihatan dah warning kat kotak rokok pun tak jalan kan? Takpe, korang dah tau kan rokok menganggu kesuburan? Sperm tak sihat. Silap2 susah nak dapat anak. Tu jantung, paru2 apa nak jadi. Bayangkan jer balik yang tak elok pasal rokok. Duit lak perabis kat rokok baik spend utk benda berfaedah kan. Agak2 korang penah calculate tak brapa byk duit boleh save kalau tak beli rokok. Haaaaa...





8- Go Online

Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok. Brader, you are not alone.



9- Menguyah

Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula. Jgn pulak gi melantak beger, makan kfc.



10- Guna Alat Bantuan

Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. kalau produk lain di pasaran dia berfungsi sebagai pengganti nikotin. Atau boleh cuba Vivix Shaklee, tonik ni akan membuatkan korang rasa tepu. Dan tak mahu dah hisap rokok. Bau rokok ni busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk masa menghisap rokok. Sampai 2, 3 pam pun takkan lalu. Kenapa korang jadi camtu??? Sebab Vivix memulihkan sel dar DNA, so automatically badan akan menolak nikotin. Haaaa kan senang.  








Cuba tengok apa kata brader ni, asalnya try Vivix utk kesihatan jantung sebab wife dia belikan, skali terus
 TAK NAK ROKOK. Whoaaaaaaaa! AMAYYYYZINGGGG! Macam tak percaya jer kan? Sebab tu Allah kata, setiap penyakit ada ubatnya. Kita mesti berusaha. InsyaAllah, bila niat baik Allah akan permudahkan. Saya doakan anda semua dapat stop smoking, suami2 korang, abang2, adik2, ayah, atok stop merokok. Jom hidup lebih sihat!!




Video kredit kepada empunya.





Anda juga disarankan mengambil suplemen Alfalfa bagi tujuan detox. Badan dah penuh macam2 bahan kimia haruslah dibuang semuanya.







ANDA BERMINAT MENCUBA SET BERHENTI MEROKOK  SHAKLEE?


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE


ONLINE ORDER NOW!!!






HUBUNGI SAYA,
PUAN FAIZURA
018.377.0904