Pages

Subscribe:

Tuesday, 20 May 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah

Dah lama janji nak bagi resepi ayam goreng berempah Mak Tok Style. Mak tok tu mama ai lah... Serius simple tapi sedap. Org yg baru nak belajar masuk dapur pun boleh buat dgn jayanya.



Bahan2:
1. Ayam separuh
2. Bawang putih 6 ulas
3. Kunyit serbuk 1 sudu besar atau hidup 1 inci
4. Rempah rahsia yg tak rahsia sgt pun; biji ketumbar. bkn daun ketumbar yer. sila google kalau tak kenal. Tak pun gi kedai suruh org tu yg ambikkan, nasib la kena cop tak kenal brg dapur hihi.
5. Garam sebebas rasa lidah korang.



Cara:
1. Ayam potong 6 atau ikut saiz ayam
2. Bahan2 lain blend dgn air sikit sekadar blender boleh jalan. Tapi jgn blend smpai halus, blend ala kadar. Sebab rempah2 tu la nak kasik mcm kerak2.
3. Kalau nak bg resap rasa... perap la paling2 3 jam, tapi kalau dah kebulur suami dah balik keje takde lauk jgn ngader nak perap2...
4. Goreng sampai garing dgn riang rianya.




Tips goreng, api sederhana besar, masukkan air sket then cepat2 tutup. So ayam akan empuk kat dlm garing di luar. Bebaik masa masuk air, dia jadik mcm gunung berapi jab.
Tapi kalau nak terkena jgk redha jer la yer puan2. Isteri yg melecur terkena panas api masa memasak utk suami dijanjikan Allah selamat dari neraka. Sudah la pahala memasak utk suami menyamai pahala mengerjakan umrah. Allah maha pemurah. Jadikan la rumahtangga itu kolam mencari pahala. Masak utk suami tu bkn wajib bg seorang isteri tapi kalau buat besar la ganjaran pahala yg menanti. Same goes to house chores yg lain dan menjaga anak. Sebenarnya itu tugas suami tapi kita dah hidup dlm norma org Melayu camtulah. Pahala pun byk. Kalau surirumah mcm aku ni apa la salahnya ye tak?



Terjumpa ni masa blogwalking...

"Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak"
Ok selamt mencuba resepi ayam goreng berempah mak saya ^_^






0 comments:

Post a Comment