Pages

Subscribe:

Saturday, 31 May 2014

Penjagaan Diri dan Bayi Semasa Dalam Pantang






Selepas bersalin seorang ibu sangat keletihan kerana kehilangan banyak tenaga dan darah. Sebab tu orang cakap banyak urat putus. Penjagaan dibahagikan kepada 2; penjagaan ibu dan penjagaan bayi. Tempoh berpantang kebiasaannya 40 hari. Saya akan berkongsi tips mengikut pengalaman sendiri dan jugak pembacaan saya.



Penjagaan Ibu

Sangat penting untuk memulihkan semula dalaman seorang wanita. Daripada mengandung sehinggalah bersalin, terlalu banyak perubahan fizikal dan dalaman yang berubah. 

1) Luka Bersalin 



Penjagaan luka di alat sulit mahupun luka pembedahan adalah berbeza. Kebiasaannya akan ada follow up dengan doktor utk check luka. Tapi penjagaan sendiri juga penting. Jangan bersila mahupun berjalan mengangkang dan laju. Walaupun rasa kurang sakit tapi jangan jalan laju2. Pastikan luka dikeringkan dengan kain bersih dan dianginkan setiap kali lepas mandi. Elakkan mencangkung walaupun semasa nak buang air besar! Org tua kata takut peranakan jatuh dan tumpah darah dannnnnn korang sendiri bayangkan la keadaan benda tu kalau mencangkung, kan tgh luka, sakit tuuuuuu. Masa tidur rapatkan kaki. Jangan aktif2 sgt.


 2)Berurut

Penting utk memulihkan otot-otot yang tegang dan bersimpul. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan  sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi. Dan sapa tak suka kena urut ye tak? Fuhhh syok ooo kena urut! Orang bersalin normal boleh terus berurut, tapi orang bersalin czer mcm saya lepas seminggu baru boleh tu pun tak boleh sentuh perut buat sengkak! Bilangan urut terpulang pada masing2, minimum 3kali.


3) Bertungku

Dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. Yang ni memang leceh tapi paksa diri buat! Memang rasa kesannya, darah nifas mengalir keluar dengan elok. Dulu masa pantang, mama mesti panaskan batu then balut tebal2 dgn kain. Pastikan pakai stokin sentiasa dan pakai sweater kalau perlu. Badan tak boleh sejuk2, kena aircond dan kipas secara direct. nanti sakit sendi dan urat. tak percaya? Cuba lah buat mcm saya dulu, lepas tido aircond bentan rasanya demam2 urat!


4) Mandian herba

Memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan. Yang ni memang suka sgt, rawa fresh jer badan dan wangiiiiiiii!


5) Pantang makan
Yang ni tersangat lah penting, moden mcm mana pun petua org tua ada betul dan baiknya. Elakkan minum ais/air sejuk dan sayuran sejuk dan berangin seperti tumbuhan menjalar dan jenis kekacang. Elakkan makanan yang menyebabkan gatal dan berbisa seperti ketam, udang, sotong dan ikan keli.

Makan yg berkhasiat supaya cukup utk tenaga ibu dan utk membekalkan susu utk baby. Minum air masak banyak2! Tapi ada org tua kata jgn minum air byk2 takut luka lambat sembuh, ishhh tak boleh. Air penting utk badan, nak susukan baby lagi.



6) Penjagaan emosi dan spiritual

Masa berpantang adalah tempoh kita tak boleh nak solat. Syaitan mudah nak mempengaruhi kita waktu ni. Jadi utk elakkan diri jadi beremosi banyakkann zikir dan ayat2 pelindung dan pendinding macam Ayat Qursi, 3 Qul, Bismillahillazi dan sebagainya. Pengalaman sendiri, tak sangka mudah terasa mudah sedih dgn hal2 remeh. Merepek betul hehe!




Penjagaan Bayi




1) Waktu tidur bayi

Baby memang waktu tido tak set lagi sebab dia belum kenal siang malam. Macam Rania dulu, dia akan tido siang tapi malam berjaga, nasib tak menangis2 cuma dia nak main jer nak dilayan. Tapi memang panda la dibuatnya! Caranya cuba sedaya upaya ajar waktu tidur, bila siang cuba jangan bagi dia tido tapi jgn memaksa kang ngamuk bdk tu tak dpt tiso. benda ni slowly ambik masa. Bila malam gelapkan bilik dan bagi sunyi jgn ada bunyi bising.


2)  Mandi dan membuang najis

Waktu mandi jgk memainkan peranan utk ajar baby waktu siang dan malam. Lama2 dia paham waktu siang dan malam hanya dgn waktu malndi yg betul. Minta tlg orang utk mandikan baby sebab kita tak larat dan tak kuat utk buat di awal kelahiran. Pastikan mandikan baby dgn air suam. Diawal2 ni cuci najis dgn baby wipe memudahkan ibubapa. Tapi bila dia dah besar sikit da kuat kaki boleh diri, sebaiknya cuci kat sinki sebab baru la betul2 bersih dan tak kena rashes.


3)Penyusuan

Lain orang lain badannya. Ada yg baby lahir jer terus susu keluar, ada yg ambik masa berhari2 adan yang berminggu2. Pengalaman saya lepas 2 mggu baru keluar susu. Menyusu badan perlukan kesabaran tinggi sebab akan mengganggu waktu tidur dan boleh menyakitkan tulang belakang. Cari position yang selesa dan gunakan bantal utk support.





4)Kembong Perut dan Tungku Bayi

Mengelakkan baby dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki. Rania suka bila kena tuam, dia tumpang batu tungku mak dia haha!


5)Demam kuning

Kebanyakan baby memang mudah kena demam kuning tapi boleh dielakkan. Tapi kalau dah teruk bwk gi jumpa doktor tau jangan nak jugak rawat sendiri. Bahaya baby boleh cacat! kalau setakat sikit2 mcm Rania dulu saya ikhtiar jemur awal pagi (tutup mata, boleh buta kalau direct) lps tu jgn direct panas pulak. Then bagi susu kambing sikit. Alhamdulillah ok.

6) Tersedak Susu dan Muak/Muntah Susu

Dulu kitaorg laki bini selalu cuak bila Nia muak dan tersedak. Maunyer tak cuak bahaya kotttttt! Tapi kita kena paham, baby akan minum byk2 utk catch up berat sekilo/bulan. Tapi hakikatnya perut dia sebesar penumbuk dia jer. So jgn risau kalau dia muak susu, tapi pastikan masa bagi susu kedudukan kepala tinggi dan lepas menyusu sedawakan, bagi burp. Rania dulu challenging sungguh, lom sempat nak burpkan dia dah lelap dulu. Tu yg senang muak. Just incase baby tersedak susu, cepat2 tonggengkan baby dan tepuk belakang baby.


7) Urut Bayi

Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi. Rania memang suka kena urut tapi dah nak 9 bulan ni, ligat...nak pakaikan pampers pun berpeluh2 dibuatnya. Macam mana nak pakaikan lotion nak urut bagai???





Semoga tips kali ni memberi korang banyak manfaat. Selamat bersalin dengan mudah dan selamat menjadi ibu yer ^_^






ATAU HUBUNGI;

PN FAIZURA
019.4414.878
fafai8582@gmail.com