Pages

Subscribe:

Monday, 28 April 2014

Tips jaga kesihatan jantung dan hobi lama

Dulu-dulu masa kecik aku la jaguh berbasikal. Suka sangat kayuh laju2 pastu ronda sana sini. Area taman rumah pulak elok jer bulat mcm track.

Kenapa aku dulu jaguh? Jaguh mesti nak kayuh lelaju kan?


3 kali  insidious insiden sepanjang zaman kanak2 dalam arena berbasikal ni.
First time kejadian masa umur 6 tahun kot masa tu duduk Perlis. Pakai basikal abang (Angah).



Google: Gaya mesti nak comel sebab baru 6 tahun masa tu


Lasak kalah orang laki. Angah main biasa2 jer, aku ni nakkkk jugak la kan merasa. 
Memang merasa, merasa langgar pokok pisang yang tak berdosa. Lepas tu balik rumah nangis2 pedih masa nak buang air kecik. Padan muka.






                                            Google: Haaaa lebih kurang macam ni lah hahaha



Tapi jiwa jaguh basikal tak pudar dengan kejadian kat Perlis tu.
Lepas pindah Shah Alam dalam tahun 1993 camtu aku dah dapat basikal sendiri.
Apa lagi kan seronok lenjan lah.


2 kali masuk longkang kat taman rumah.
Sekali langgar pokok kuini kat rumah atok Pagoh.


First dengan basikal sendiri, masa tu darjah 2 ke 3. Ingat lagi basikal tu kaler biru. Kayuh punya kayuh sampai corner tak nak slow down sebab nak laju kan apa barang brek, haaaa kauuu tergolek masuk longkang. Dah la jatuh kat depan longkang rumah kawan, nama dia dayah tapi masa tu rasanya takde orang sedar kot. Main sorang2 waktu tengahari memang la takde orang. Perasaan masuk longkang tu tak tau nak cakap la. Rasa remuk gila tulang2 dengan basikal2 skali dalam longkang. Longkang lak besar. Aku bayangkan ni mesti ada patah tangan ke kaki ke sebab sakit sangat. Mula2 relax brader, brader relax.
Walhal dalam tu dengan tertonggeng kepala bawah kaki tangan atas celah2 basikal.
Dah agak2 tak berpinau aku bangun slow2 pehhhh luka dalam kat lutut siku. Ok bangun mcm biasa berlagak hensem angkat basikal pastu balik rumah memang tak bagi tau sesapa la kan. Gila kau cari pasal bagitau mau kena hanger tambah sakit lak.


2nd time nahas kemalangan berlaku sebab basikal orang. Member kakak (Along) simpan basikal dia kat rumah. Basikal lak bmx cun gilaaaa siap ada back peg.


 Haaa apa lagi mula la nak free style. Ok aku kan suka laju, tak tau la aku punya adrenalin level ni terlebih2  kot haha!

 



Kau mampu free style camni?

So kayuh laju2 la pusing rumah yang bulat macam stadium (orang Shah Alam panggil area rumah aku stadium sebab dia bulat, padang kat tengah2. Kat Shah Alam ada 2 jer taman perumahan camtuh). Kayuh punya kayuh syok la kan rambut terbang2 ditiup angin masuk celah2 baju....pastu dah nak sampai dekat rumah aku pun berniat nak slow nak brek lah, skali rupanya takde brek. Ok entah hantu mana bisik suruh aku tak jadi masuk rumah tapi alih2 terus masuk longkang depan rumah. Berlubang lagi la lutut dengan siku.


Sakit ok!



Sejak dah makin tua makin gemuk, Rania pun dah 6 bulan, luka cesearean operation pun dah ok so apa lagi kembali beraksi. Saya beruntung sebab suami pun minat basikal. So senang nak gi memana berdua. nak merepek berdua. Nak cuba route baru. Nak cari aksesori ke. Tapi dah ada anak ni kena bergilir bila takde orang boleh jagakan. lain sebenarnya cycling sorang2 dengan ada partner.  Kalau sorang tu bosan satu hal lah kan, pastu rasa lama jer, cepat penat pastu rempits yang poyo suka mengacau membahan aku. Tapi bila ada En Razli skali, gelak2 merepek2 tau dah jauh. Pastu aman damai takde pun kena kacau dan of course rasa lebih selamat.



Lama betul nak tunggu betul2 selamat utk berbasikal balik




Wah2 romantik gitewww padahal berjurai2 peluh sorang depan sorang belakang. Nak mati road cycling pegang tangan gini????






Tips Menjaga Kesihatan Jantung

1)Bersenam

Jadi demi menjaga kesihatan (jantung khususnya) haruslah kitaorang selalu bersenam dengan basikal ni. Korang kalau malas try carik satu aktiviti yang korang minat yang boleh keluar peluh. Menyapu ke? Cuci longkang jiran ke? Hahahaha ada ke? So bila minat susah nak beralasan. Pstu bila ada geng sekepala lagi la senang keje.

Dah bersenam tu makan kena jaga, jangan mentang2 dah selalu excercise korang bantai makan bebanyak especially fast food. Ohhh dah bakar 200cal, korang sumbat 2 000 cal apacer? Haha tak balance tu bhaii...
Tapi aku pun kadang terlajak gak. Lepas cycling pagi bantai nasi lemak sotong, skali tu jer terlajak haha! 


2)Jaga pemakanan

Makan lah makanan yang baik2 macam oat (serap kolesterol), nasi putih (carbo) ganti dengan brown rice. Psl brown rice ni aku tak paham betul orang cakap tak sedap la tak kenyang la. Membohong ok. Kenyang je, walaupun tekstur mungkin lain. Ntah2 yang cakap tu rasa pun belum lagi. Roti lak instead of roti putih ganti dengan wholemeal bread, kira yang byk serat2 ni bagus.

Dulu masa aku kena kencing manis masa pregnant (GDP) sempat jugak masuk kelas pemakanan. Gigih pegawai dietik terangkan pasal jenis2 makanan apa yang karbo apa yang tak (sebab karbo tukar jadik gula), contoh jadual makan (ok yang ni gila tertekan siap berjadual) dan cara kurangkan gula dalam darah. Siap ada kira2 lagi sapa tak boleh jawap tak boleh balik. Bagus jgk so that orang aware benda tu sangat penting. Mau tak penting kalau tak control baby boleh mati dalam perut sebab kandungan gula tinggi sangat. Kalau tak pregnant suka hati korang la nak kena potong kaki ke kan kalau dah berulat nanti. Eeiiii simpanggg!

Selain daripada excercise dan diet seimbang, korang boleh ambik suplemen utk baguskan lagi sistem dalaman. Kalau kereta kesayangan kita bagi suplemen tukar minyak enjin baru bila kena servis, badan kita pun kena servis jugak. Kalau kita tak jaga sapa lagi nak jaga. 


3) Suplemen Tambahan

Antaranya suplemen dari Shaklee iaitu Omega Guard , CoQ Health Plus dan Phytocol-ST.

















Haaa suplemen camnih boleh membantu menjaga kesihatan jantung. Ingat, jantung paling utama kena jaga sebab kalau jantung out camne fungsi organ lain nak berkerja. Sebab tu perokok kebanyakannya sakit berkait2. Bermula dengan jantung lps tu buang pinggang tak boleh function la, jadi kencing manis la, high blood pressure la. Macam2 sakit boleh dapat. So sesapa berminat nak makan suplement ni boleh roger ok!


SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE

ONLINE ORDER NOW!!!



BERMINAT?

HUBUNGI;
PN FAIZURA
019.4414.878
fafi8582@gmail.com


P/s: Okeh Nia tengah tido tu boleh la nak sidai baju macam kilat. Sian Nia demam selsema sikit.