Pages

Subscribe:

Saturday, 19 April 2014

Teknik Cepat Membaca

Pejam celik rupanya dah 7 bulan Rania sekarang. Makin byk akal, keletah dan ragam. Skrg dia suka sembur sambil buat bunyi. Lps tu manja sgt2 dgn daddy dia. Malam mesti nak kena popok dgn daddy dia...peluk daddy dia. Dia mcm tau2 jer time daddy takde gi keje elok jer dgn mommy tapi daddy ada jer mula la nak daddy pegang dia. Memalam terbangun dia sengih2 pastu tido balik. Kadang tu terjaga tido, dia tengok jer daddy dia lama2 pastu menggesot kat daddy sambil tangan kuis2 tangan daddy dia...Alahai manjanya dia.

Nia dah 7 bulan maksudnya dah 7 bulan aku jadi mak.

7 bulan yg mengajar aku jadi sabar (kdg2 emo jgk)

jadi kuat (wlupun sakit, lapar kebuloq... nak terberak nak terkucil ke kena tahannnnn jer. heyyy ingat tahan berak senang ke? kena ada kekuatan otot kemut yg padu tau. So memang btl2 melatih jadi kuat)

jadi super extra penyayang (dia nangis2 meragam kdg2 boleh hlg sabar, so cium2 hilang marah. Tapi caranya elakkan marah selalunya kena cepat2 ganti shift supaya tak terbawak2 rasa penat dan marah tu)

jadi friendly dgn strangers yg jgk ada anak kecik kat pasar raya, kat kenduri2 org dan memanalah.
Penah skali tu ada foreinger (bapak) tanya pasal susu masa nak beli susu Rania kat Giant.
Penah jgk sorang laki ni (bapak) tanya psl harga pampers masa tgh bayar kat kaunter. So ktorg share psl price comparision kat mana paling murah, kat mana tgh ada sale pampers.
Berkali2 sapa menyapa dgn org2 yg nak main dgn Nia (ada jgk yg main nak ambik jer (budak Ayam Penyet AP kat Ole Ole Sek 18, terkedu jgk tapi cepat2 ambik balik)


Eh, byk lagi la...ni baru 7 bulan. Belum 7 tahun, 17 tahun lagi......





Nampak tak kat mana puting susu tu? Haaa tak tau la camne skrg ni dia hisap2 tau termasuk ke dlm terbalik siap ada bunyi kuat. Mula2 jadik terkejut aku ingatkan apa benda la meletup. Ada skali tu lagi la siap puting tu boleh terkeluar terus masuk dalam botol. Adoiii Nia...



Teringat pulak pengalaman berkerja yg lepas2 bila dah tak keje ni. Salah satunya jadi guru tadika.
Mula2 masuk kerja dlm hati kata ala kacang jer ni mengajar budak kecik. Rupanya teknik dan kaedah pembelajaran skrg jauh berbeza dgn zaman kita dulu. Itu belum lagi mention psl kerenah budak2 yg 1001 buat kita pitam. Haha takpe lepas budak tu pandai kita jgk happy sebab rasa puas hati.


Ok berbalik pada kaedah pengajaran. Dulu2 kalau cikgu kita mengajar mesti guna papan hitam pastu tulis A-Z pastu suh kita ikut dia baca kan? Kita pun ikut la sebijik2 sampai juling bijik mata. Jgn sampai "hari2 cikgu main bola" sudah la yer, silap hari bulan masuk paper kes cikgu tido dlm kelas. Haha! Rupanya cara tu lambat! Lambat budak nak tangkap...(ooohh patut la aku pun slow dulu hihi alasannnnnn padahal sendiri byk main!)


Dah tu apa kaedah yg bagus? Penah tgk tak kat rancangan budak2 omputih camne sesi pengajaran dia? Happening kan? Langsung tak ngantuk. Siap mintak nak ulang2 lagi sebab dah la senang tangkap senang nak ingat mau tak seronok bebudak belajar. Haaa kaedah belajar tanpa papan hitam atau white board digantikan dgn FLASH CARD (kad imbas org jawa kata hikhik).


Hasilnya? budak cepat sgt dapat kenal dan ingat huruf/ perkataan baru. Nak tau tak sebab apa diorang cepat dapat? Al kisahnya bila flash kad tu laju2 (2 ke 3 saat per card) so otak kanan akan berkerja keras utk tangkap apa yang ditunjuk sekaligus dpt activate otak kanan. Ada satu kaedah hasil kajian orang Jepun dipanggil kaedah Sichida utk aktifkan otak kanan. Penting tau mengaktifkan otak kanan sebab faedahnya sgt baik utk anak yg membesar tu. Salah satunya guna flash card ni lah. Ok korang boleh google psl Sichida ni yer.


Sebagai bekas guru...memang seronok bila kita tengok anak murid tu paham apa kita ajar. Teknik imbas ni boleh guna utk semua benda. Numbers, jawi, iqra, peter and jane etc...hasilnya korang memang terkejut sebab memang budak2 tu cepat tangkap instead of guna cara lama tu.


Next time kita citer psl kaedah Montesori pulak yer. Haaa nak tau apa tu rajin2 ler usha blog next entry.


p/s: Sesapa berminat nak flash card boleh roger saya yer. Ada jgk set cepat membaca...set cepat mengaji.
Sapa taknak anak pandai yer tak? Semuanya set CEPAT serba boleh jer :)


Whatsapp: 018.377.0904





      SET FLASH CARD 3 IN 1 (ABC, JAWI & 123)
      FREE MARKER PEN




SET MEMBACA









SET CEPAT MENGAJI (8 IN 1)






0 comments:

Post a Comment