Pages

Subscribe:

Tuesday, 20 May 2014

Spaghetti Bolognese

Weekend lepas merajinkan diri buat spaghetti bolognese utk makan lunch.
Ok nak share resepi senang cara aku. Korang nak alter ejas2 pun suka hati lah janji ikut sedap tekak korang.
Bahan2 lak selagi bole dpt yg fresh lagi bagus, contohnya bkn canned food or dried parsley or herbs. Tapi kalau dah takde apa yg ada jer la kan ikut selera sendiri lah. Kalau nak jaga kesihatan cuba elakkan lah.
Bahan2 (5-6 servings):
Sepeket spaghetti
Sebotol instant/readymade bolognese sauce
Ayam breast seketul dua (boneless)
Sosej ayam (optional)
Fresh white button mushroom
Buah tomato (6biji)
Capsicum sebiji (suka hati nak ijo ke kuning ke merah ke....hijan paling murah)
Onion sebiji
Garlic 2/3 ulas
Sos cili (optional pedas)
Sos tomato or tomato puree (ikut nak masam mana)
Dried parsley & oregano
Salt & sugar
Step:
1. Rebus spaghetti. Didihkan air dulu. Mostly chef2 ajar cara nak masukkan camni, pegang segenggam dirikan kat tgh2 periuk tu then cepat2 lepas. Lama2 dia akan masuk ngam2 tanpa patah. Letak a pinch of salt. Make sure semuanya terendam. Api sederhana jgn smpai hangus. Nak tau da masak lom dia mcm kenyal2. Chef2 italy ajar campak mee tu sket kat siling kalau tak jatuh memang terbaik la dah bole angkat. Tapi kalau korang buat jenuh la siling sapur penuh dgn spaghetti terjuntai. Haha! Kalau dah masak cepat2 toskan (jgn buang air rebusan simpan sket) then basuh sikit dlm penapis dgn air masak biasa supaya tak melekat2 bila dah kering nanti.
2. Cincang onion, garlic, tomato, capsicum (buang biji kalau tak nak masam), fresh herbs (if any).
3. Hiris cendawan
3. Ayam potong2 sket then blend. Pusing jab jer agak2 mcm daging cincang. Aku sgt tak rajin nak mencincang atas papan.
4. Potong sosej ikut suka cara.
5. Tumis bawang merah garlic dgn olive oil atau apa2 minyak dgn api kecik, dah naik bai masukkan capsicum.
6. Masuk ayam dan sosej gaul2. Tambah air rebusan spaghetti tadi ikut kepekatan korang nak. Most italian chef percaya apa2 menu berkuah tak kira la oglio ke alfredo ke fettucini makaroni ke adik bradik dia semua tu mesti letak air rebusan tu baru lah kick! And yes memang betul bila da buat.
7. Masukkan tomato, reneh jab sampai keluar air tomato then masukkan sos instant.
8. Masukkan gula garam to balance the taste and herbs.
9. Nak masam tambahkan sos tomato atau puree tomato. Nak pedas sket letak sos cili. Ok ni tekak asian style sebab italian chef nampak sure kena baling pinggan.
10. Masa utk melantak!!!

0 comments:

Post a Comment