Pages

Subscribe:

Tuesday, 8 April 2014

Preparing baby puree and storage

Hari ni nak kena buat makanan Rania sbb stok frozen puree dah nak habis. So tengahari tadi gi Sacc Mall sebab nak lunch kat Asiari skali. Sejak Asiari buat promo lunch memang suka benor ler ke sana...janji sedap dan berbaloi2.

Macam biasa order set butter chicken yg memang mabeles. Si kenit agak behave masa baru sampai....makanan sampai jer dia lak mintak dukung. Macam racing ler gilir2 mkn dgn mak mertua. Lepas makan baru beli barang2 kat Giant. 
Oh kat Sacc Mall skrg ada jual batik2 ganu...sempat la merembat sehelai baju kaftan. Sejuk oooo buat tido angin lalu syok jer celah ketiak nak2 skrg musim panas.

Ok sekarang kita masuk dapur nak buat makanan Nia. Apa2 pun tips paling penting masak JANGAN tambah garam atau gula dan elakkan dari menggoreng contohnya mcm ikan goreng ke ayam goreng ke. Rebus/stim/bakar. Tolong jgn ngada2 nak rasa kesian anak makan takde sedap tak rasa manis masin tawar. Digestion system dia masih dlm proses nak matang dan ofcourse la sebab nak didik jaga kesihatan dari kecik lagi. Jgn korang tak tau sebenarnya manis semulajadi dari sayuran tu sgt lah sedap (nampak sgt tumpang sekaki haha!)

ok ni bkn resepi sgt pun lah tapi panduan. Jgn tanya ni byk mana dan tahan utk brapa lama sebab aku pun main campak2 agak2 jer. Apa2 pun paling lama sebulan simpan beku should be ok. First batch punya stok tahan 2 weeks, 2nd batch seminggu jer. Lagi pun makin besar dia dah makin byk mkn sbb dah pandai "merasa". Ikut selera dan keperluan anak2 korang lah yer. Mcm Rania ni memula mkn seketul kiub jer frozen puree tu, tapi makin lama makin byk la sebab nak membesar.

Ok hari ni buat bubur nasi+carrot+kentang+ayam. Sawi asing.
Beras 1 cawan
carrot 2 btg
kentang 2 biji sedang2
ayam breast boneless seketul


Ala mcm buat bubur biasa...bahan2 tu potong2 la camne pun janji masak. Reneh api kecik supaya carrot dan kentang betul2 empuk.

Agak2 dah masak, masuk blender blend sampai halus betul. Then tuang dlm ice cube tray. Masuk freezer kasik beku. Lps tu keluarkan balik masuk dlm bekas lain utk storage. Lagi bagus klu korang label menu dan date korang buat tu supaya tak la terbagi anak makanan yg dah lama sgt. Guna konsep Fifo yer, first in first out supaya tak rosak dan membazir.

Ok sawi lak. Potong rebus mcm biasa then blend dgn air sket jer. Sawi takyah kiubkan pun takpe sbb texture dia berair klu defrost senang pecah dan akhirnya jadik air. Sawi tu pulak kenapa aku asingkan dari bubur? Sebabnya sawi kan sayur mudah layu so nak elakkan khasiat hilang sbb each time baby nak mkn kita panaskan kiub2 tu. Lepas panaskan bubur tu masukkan sesudu dua sawi yg dah defrost. 

Same goes to other fruit@vege. Sebelum ni ada buat pumpkin (sedap gila manis wehhh tapi Rania tak suka sgt tapi still dia telan gak), pisang, apple n pear dan avocado. Tapi Nia mmg loya habis siap wek2 lagi yg tu. Takpe memang sengaja nak pelbagaikan dan nak tengok dia suka apa.

Sekarang Nia 6 bulan nak masuk 7 dah. Nanti 9 bln baru blh makan bubur lembik pulak dgn biskut. Tapi kalau takde gigi lagi taknak paksa dulu lah. And any citrus fruit or yg masam2 memang tak boleh bagi dulu masa 1st stage ni. Dah 8 ke 9 bln baru blh introduce. Yang penting jgn ingat dah makan boleh kurangkan susu. No no no...baby still need it and bagi jgk air masak. Start 6 bln dah boleh bagi dia practice pegang cawan baby yg ada lubang2 kecik tu. Ada byk choice kat market nak yg mahal murah semua ada nak branded ke nak kualiti ke janji sediakan duit. Tu pilihan masing2. Kalau kasik cawan biasa alamatnya tersedak masuk hidung tak pun dia buat basah baju dan rumah korang hahaha.






RM 14.90 dgn air oren@ice lemon tea




Reneh bahan2 bubur nasik sampai empuk


Rebus sawi jab jer


Dah blend tuang dlm ice cube tray



Sawi dah blend







Sambil tu marinate ayam goreng rempah simple versi Mak Tok utk lakibini.
 Resepi kendian lak eh?








Ok hrp membantu mak2 yg nak memudahkan keje rmh harian. Jimat byk masa boleh la nak spend quality time dgn hobi sendiri.ke dgn hubby ke....ooopss!

0 comments:

Post a Comment